Sunday, August 12, 2018

Macam mana nak ubah sikap MALAS

Macam mana nak ubah sikap MALAS





Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan,

Pernahkah anda terfikir boleh tak kalau tak belajar tapi dapat jadi jutawan? saya dulu pernah terfikir juga...alangkah bagusnya kalau tak belajar,jadi jutawan selalu kan senang tak payah susah-susah nak belajar,menghafal dan lain-lain...tapi ternyata itu hanyalah angan-angan kosong yang "INSYAALLAH" takkan berlaku...
seperti kata pepatah bahasa arab"MANJADA WA JADA" bermaksud sesiapa yang berusaha dia yang akan berjaya...walaupun kita semua sudah memahami tentang pepatah ini,tapi kenapa kita tetap malas? itulah persoalan saya kenapa kita semua mempunyai penyakit yang bernama MALAS?

Kita penah cuba sedaya upaya untuk ubah penyakit malas tu...tetapi ternyata gagal kan? ARGHHH!!!!!! susah betul nak hilangkan penyakit ni...

Baiklah saya tidak mahu berlengah lagi,marilah kita mulakan sekarang...semua perkara di bawah,jika anda amalkan dalam kehidupan seharian INSYAALLAH,penyakit malas anda akan semakin menghilang...

Sebenarnya,untuk anda berjaya bukan susah...tapi disebabkan sikap anda yang tidak relevan itulah menjadi punca utama kenapa anda selalu gagal...


Baiklah hafal dan ingat perkataan ini...
                      


                                                       S.I.K.A.P


Baiklah kalau tanya anda semua,mesti anda tahukan apa maksud perkataan di atas? Ianya bermaksud tingkahlaku atau perangai seseorang,baik,apa yang saya ingin kaitkan dengan pernyataan di atas ialah semua manusia di bumi yang fana ini mempunyai sikap yang tersendiri...sikap utama yang sering menghantui para pelajar ialah sikap malas...jadi jika ingin bejaya di dunia mahupun di akhirat,ubahlah sikap anda sebaik-baiknya.







MAKSUD:

         S (Solat)

         I (Ibu bapa)
    
         K (Kawan)
      
         A (Al-Quran) 

         P (Prasangka)

♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️

1. SOLAT






 Pertama,jika anda ingin berjaya,maka jagalah solat anda....jangalah hubungan anda dengan ALLAH SWT..pesan saya anda jagalah solat anda...ini merupakan benda yang pertama yang anda mesti lakukan iaitu ibadat yang wajib keatas semua orang islam.Peliharalah solat dengan baik,jangan sesekali anda lalai dan meninggalkan solat anda dengan sengaja.Jika anda pelihara solat,jika anda menyayangi ALLAH SWT ,maka ALLAH SWT akan memberi rahmat dan petunjuk keatas orang -orang yang beriman kepadaNYA.Ingat ini merupakan perkara yang paling penting jika ingin berjaya...Jika menjaga solat,anda bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat juga anda turut berjaya..walau sesusah,sesakit manapun anda,anda tetap diwajibkan solat!Inilah kunci utama jika ingin berjaya di dunia dan akhirat.



2. IBU BAPA


                                   




Kedua,jika anda ingin berjaya,maka hormati dan sayangilah ibu bapa anda....dua orang inilah yang menjaga anda dari bayi sehinggalah dewasa....hormatilah pendirian mereka...jangan sesekali melawan atau ingkar dengan kata-kata mereka...ingat kata-kata mereka merupakan satu doa yang akan dimakbulkan oleh ALLAH SWT.hargailah mereka semasa mereka hidup lagi...doa dan restu ibu bapal juga merupakan penyuluh kepada kejayaan kita,mereka merupakan orang yang perlu kita hormati..ibu bapa anda merupakan seorang permaisuri dan raja yang paling terbesar di rumah.ingatlah betapa peritnya seorang ibu melahirkan kita sehingga berjuang dengan nyawanya,ingatlah betapa penat dan lelahnya bapa membawa pulang rezeki kepada kita...jadi hormatilah mereka...




3. KAWAN  

                                      




Ketiga,jika anda ingin berjaya,maka carilah sorang kawan yang mempu membimbing anda sehingga berjaya....saya syorkan anda carilah kawan yang selalu di masjid(orang yang selalu berada di jalan ALLAH SWT).kawan memain peranan kepada kita sekiranya dilihat dari segi fizikal,sekiranya ingin lihat bagaimana gaya hidup seseorang itu,ianya bergantung kepada kawan yang dipilih oleh seseorang itu..sebelum kita memilih kawan,nilailah diri sendiri dulu...jika kita seorang yang baik,maka kawan dipilih kita juga merupakan seorang yang baik...jika kita seorang yang jahat,maka jahatlah kawan yang dipilih itu...ingat carilah kawan yang mampu membimbing kita ke jalan yang benar.Ingat kawan merupakan sumber yang penting di sekolah kepada kita.



4. AL-QURAN

                               




Keempat,jika anda ingin berjaya,maka bacalah AL-QURAN selalu....jadikan ianya sahabat kita yang utama di dunia dan di akhirat...jangan bergantung sepenuhnya kepada kata-kata manusia,.tapi bergantunglah kepada kata-kata ALLAH SWT iaitu AL-QURAN percayalah kepada kitab suci ALLAH SWT...bacalah AL-QURAN pada setiap masa dan setiap hari...janganlah tinggalkan AL-QURAN.. kitab inilah yang akan membantu anda di akhirat nanti...jadi mohon...jangan tinggalkannya..luangkahlah sedikit masa untuk membacanya...janganlah hanya syok membaca novel,majalah hiburan dan sebagainya...cubalah untuk memahami maksud ayat-ayat suci ini...cubalah untuk membaca terjemahannya.



5. PRANGSAKA

                              



Kelima,jika anda ingin berjaya,maka percayalah pada kebolehan diri anda sendiri...janganlah selalu fikirkan yang anda ini seorang yang bodoh..anda sebenarnya bukan bodoh,tetapi sikap anda yang teruklah selalu memperbodohkan anda...ingat manusia di dunia ini mempunyai kebolehan dan kelebihan sendiri..bezanya hanyalah diri kita,mampukah kita mengeluarkan kebolehan yang terpendam di dalam diri kita dan tunjukkan kepada orang lain bahawa kita mampu melakukannya? tanyalah diri anda sendiri...percaya dan ingatlah bahawa anda merupakan seorang hamba ALLAH SWT yang mempunyai kelebihan untuk melakukan sesuatu...yakin dan muhasabah diri..






inilah 5 perkara yang anda perlu lakukan jika anda ingin berjaya di dunia dan di akhirat,,,ubah sikap,ubah pendirian anda...INSYAALLH anda BOLEH!

Maaf sekiranya ada yang kekurangan tentang blog di atas...maklumlah kita pelajar lagi...apa yang baik itu datang dari ALLAH SWT,dan kekurangan datang dari diri saya sendiri...Maaf sekiranya terkasar bahasa..

Jika ada umur yang panjang,kita berjumpa lagi di blog saya yang seterusnya...


SEKIAN,



                 



P/S: ini adalah kali pertama saya menulis blog...sekiranya ada apa-apa kesalahan,saya memohon maaf😊♥️♥️




























































































































































































































No comments:

Post a Comment